Alkisah maka tersebut sebuah hikayat mengeluarkan ideanya di suatu hari yang indah lagi cerah. Beberapa pemikir nasib komuniti memerah idea mahu mencurahkan khidmat dan bakti kepada komuniti pekak. Dan lahirlah idea yang tiada namanya itu. Maka diperintahkan memanda menteri mencari nama yang sesuai. Maka memanda fikir sedalamnya hampir tiada lain dibuatnya selain fikir sehingga termuntah idea yang tiada boleh nampak menarik. Sehinggalah pada suatu hari menteri besar datang mengadap dan membawa idea nama cantik dan indah iaitu Program Pembangunan Komuniti yang mana semua rakyat jelata menerimanya dengan hati yang terbuka. Maka berduyun-duyun idea datang untuk membuat segala proses mempersilakan komuniti yang memerlukannya datang pada 1 April 2009. Dan sebagai permulaannya hanya 10 orang peserta yang gagah dan berani dari segenap pelusuk KL yang paling dekat dan dari Sabah yang paling jauh datang mendaftarkan diri. Sekian ceritera hamba ini.
Wednesday, April 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment